Ekpedisi dirancang semasa bulan puasa. Oleh kerana jadual dan tempahan terlalu padat, sementelahan keadaan air yang tidak sesuai, akhirnya berjaya juga kami jelajah 0.0005 % dari keluasan Taman Negara, Pahang dimana ekplorasi hanya disekitar Kuala Tahan pada 18 Oktober 2008.
Trip suaikenal dengan keindahan Taman Negara, Pahang, lebih kepada package casting.. catch n release.... sambil menikmati keindahan flora n fauna di situ. Rasa 'excited' menjalar disanubari.
Angin sepoi-sepoi menyambut kedatangan sambil membawa kesejukan tahap berdiri bulu roma... "huh.. kalau pukul 7.30am, sejuk cenggini, macam mana plak kalau camping .. pas tu hujan plak... harus beku..." kata seorang rakan.
Sambil menikmati sarapan direstoran terapung kelibat anak ikan bertempiaran lari mewarnai pemandangan di Kuala Tahan. Aiseh.. lambat pula guide datang....
[ad#ad-1]
Ketibaan di check point.. sungai tahan di jaga dan dikawal oleh Golden Mahseer dan juga pihak perhilitan. Ada undang-undang yang perlu dipatuhi... sendiri mau ingat... masuk kandang kambing jangan mengaum pulak.... pandai-pandai bawak diri.... ;-)
Tatkala menunggu segala persiapan dan pendaftaran, salah seorang guide menabur palet disekitar check point, sekejap tu jugak ikan menyambar... kebanyakkannya ikan nyenyuar...
Perjalanan ke lubuk tenor, santuari kelah... sepanjang perjalanan, terdapat banyak lubuk-lubuk yang berpotensi, terdetik dalam hati.. "kalau lah duduk kat area sini... " ataupun "apsal la dulu tak ambil kursus perikanan ...